Workshop Public Speaking & Storytelling

Farm Fresh @ UPM, Serdang | 8.30 AM - 1.00 PM

Persediaan Sebelum Workshop


Bagi memastikan perjalanan program berjalan lancar, mohon ibu bapa bantu siapkan beberapa perkara sebelum anak hadir ke program The Little Broadcaster @ Farm Fresh.

1. Mengambil Sarapan Pagi

Pihak kami akan menyediakan pek sarapan untuk peserta pada hari program.

Walau bagaimanapun, ibu bapa digalakkan memastikan anak-anak datang dalam keadaan selesa terutamanya jika anak biasa mengambil sarapan awal di rumah.

Keadaan ini bagi memastikan anak-anak lebih bertenaga, fokus dan bersedia untuk mengikuti aktiviti sepanjang program.

Mohon ibu bapa hadir bersama anak-anak sekurang-kurangnya 10–15 minit lebih awal untuk proses pendaftaran.

Kehadiran awal juga membantu anak-anak lebih tenang dan bersedia sebelum program bermula.

Pihak kami akan menyediakan workbook dan pensel untuk kegunaan peserta sepanjang program.

Ibu bapa tidak perlu menyediakan bahan pembelajaran tambahan. Namun anak-anak boleh membawa alat tulis sendiri jika mereka mahu.

Ibu bapa boleh bantu galakkan anak-anak sebelum datang dengan mesej yang positif.

Dalam program ini, anak-anak tidak semestinya perlu petah berkata-kata. Mereka hanya perlu hadir, cuba dan belajar dengan gembira.

Sekiranya anak kurang sihat pada hari program, mohon maklumkan kepada pihak kami lebih awal.

Keselesaan dan keselamatan anak-anak adalah keutamaan kami sepanjang program berlangsung.

Buddy Dalam Kumpulan Kecil


Buddy TLP ialah fasilitator terlatih yang bertanggungjawab membimbing setiap kumpulan kecil sepanjang program. Mereka bukan sahaja mengendalikan aktiviti pembelajaran, malah membantu memastikan kebajikan, keselamatan dan keselesaan setiap anak sentiasa terjaga.

Semua Buddy TLP mempunyai kelayakan minimum Diploma, manakala sebahagian daripada mereka mempunyai latar belakang dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan bidang berkaitan.

Apa Peranan Buddy?

Buddy akan membantu anak-anak dari segi:

1. Membimbing Anak Semasa Aktiviti

Buddy akan membantu anak-anak memahami arahan aktiviti, menyertai tugasan kumpulan dan memberi dorongan supaya mereka berani mencuba.

2. Membantu Anak Yang Malu Atau Kurang Yakin

Ada anak yang cepat mesra dan ada juga yang perlukan sedikit masa untuk selesa.

Buddy akan membantu anak-anak yang masih malu, takut bercakap atau kurang yakin supaya mereka rasa lebih tenang dan tidak tertinggal dalam aktiviti.

3. Menjaga Pergerakan Anak-Anak

Buddy juga akan membantu memantau pergerakan anak-anak sepanjang program, terutamanya ketika aktiviti berkumpulan dan pertukaran sesi.

4. Membantu Jika Anak Perlu Ke Tandas

Sekiranya anak perlu ke tandas, Buddy akan membantu menguruskan pergerakan tersebut mengikut kesesuaian dan keadaan semasa program.

5. Menjadi Rujukan Anak Sepanjang Program

Jika anak-anak perlukan bantuan, kurang faham arahan atau rasa tidak selesa, mereka boleh merujuk kepada Buddy yang berada bersama kumpulan mereka.

Kod Pakaian Peserta


Bagi memudahkan aktiviti sepanjang program, peserta digalakkan memakai pakaian yang selesa, kemas dan sesuai untuk bergerak.

1. Baju Berwarna Kuning / TLP Exclusive Tee

Peserta digalakkan memakai baju berwarna kuning atau TLP Exclusive Tee bersempena dengan tema program The Little President.

Selain mengikut tema program, warna kuning juga membantu pihak kami dan team di lokasi mengenal pasti peserta dengan lebih mudah.

Untuk makluman ibu bapa, kawasan Farm Fresh UPM merupakan kawasan yang mempunyai kawalan keselamatan. Jadi, pemakaian baju mengikut tema program amat digalakkan bagi memudahkan urusan pengecaman peserta sepanjang program berlangsung.

 Perkara ini bagi memastikan pergerakan anak-anak lebih teratur dan mudah dipantau oleh team kami.

Peserta perlu memakai kasut yang selesa dan sesuai untuk berjalan serta mengikuti aktiviti.

Elakkan memakai selipar bagi memastikan anak-anak lebih selamat dan mudah bergerak sepanjang program.

Peserta digalakkan memakai seluar track, slack atau seluar yang selesa.

Pakaian yang selesa akan membantu anak-anak lebih bebas bergerak ketika aktiviti kumpulan dan sesi praktikal.

Sekiranya anak tiada baju kuning yang sesuai, parents tidak perlu risau. Kami juga menyediakan pilihan TLP Exclusive Breathable-Tee yang boleh dibeli pada hari program. Tertakluk kepada stok dan saiz yang tersedia. Picit butang dibawah untuk tempah baju sekarang!

Klik Untuk Buat Belian

Semakan Nama Untuk Sijil


Setiap peserta program Little Broadcaster @ Farm Fresh akan menerima sijil fizikal sebagai tanda penyertaan dalam program ini. Bagi memastikan nama pada sijil dicetak dengan betul, ibu bapa dimohon untuk menyemak dan mengisi nama penuh anak melalui link yang disediakan.

Tarikh & Masa Tutup Semakan

24 Jam Sebelum Tarikh Program

Selepas tempoh tersebut, pihak kami akan menggunakan maklumat nama yang telah diisi untuk proses cetakan sijil. Terima kasih atas kerjasama ibu bapa dalam memastikan maklumat anak-anak adalah tepat.

Tentatif Program


Berikut merupakan tentatif program Little Broadcaster @ Farm Fresh.

Tentatif ini disediakan bagi membantu ibu bapa mendapat gambaran awal tentang perjalanan aktiviti anak-anak sepanjang program berlangsung.

Nota Untuk Parents

Tentatif program tertakluk kepada perubahan kecil mengikut kesesuaian keadaan semasa, flow aktiviti dan pergerakan peserta pada hari program.

Namun begitu, keseluruhan aktiviti akan dikendalikan oleh team The Little President bersama Buddy yang telah ditugaskan dalam kumpulan kecil anak-anak.

Lokasi Program


Program Little Broadcaster @ Farm Fresh akan berlangsung di:

FARM FRESH @ UPM

Makluman Untuk Parents


Sepanjang program Little Broadcaster @ Farm Fresh berlangsung, ibu bapa boleh menunggu di ruangan kafe atau kawasan yang disediakan di lokasi program. Namun begitu, ibu bapa tidak digalakkan untuk masuk ke dalam dewan / kawasan aktiviti utama semasa sesi sedang berlangsung.

Tiket Entrance Farm Fresh

Untuk makluman ibu bapa juga, kemasukan ke kawasan Farm Fresh adalah tertakluk kepada harga tiket entrance yang ditetapkan oleh pihak lokasi. Ibu bapa boleh rujuk gambar senarai harga tiket entrance di bawah untuk maklumat lanjut.

Harga tiket entrance adalah di bawah pengurusan pihak Farm Fresh dan mungkin tertakluk kepada perubahan semasa. Sekiranya ibu bapa hanya menghantar anak untuk program. Mohon ikut arahan team kami di lokasi bagi melancarkan proses pendaftaran dan pergerakan peserta.

Galeri Gambar & Video Selepas Program


Selepas program selesai, pihak kami akan kongsikan gambar dan video sepanjang program Little Broadcaster @ Farm Fresh kepada ibu bapa. Gambar dan video ini akan dimuat naik ke dalam galeri khas supaya ibu bapa boleh melihat momen anak-anak sepanjang mengikuti aktiviti.

Link Galeri Program

Ibu bapa boleh akses galeri gambar dan video melalui link yang akan dihantar dalam Group Whatsapp Batch Anak.

Makluman Penting

Pihak kami akan cuba merakam sebanyak mungkin momen anak-anak sepanjang program berlangsung.

Namun begitu, memandangkan program melibatkan aktiviti berkumpulan, pergerakan peserta dan flow program yang aktif. Terdapat kemungkinan tidak semua anak dapat dirakam secara jelas dalam gambar atau video.

Kami memohon maaf sekiranya terdapat anak-anak yang tidak banyak muncul dalam galeri program.

Terima Kasih Parents

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan ibu bapa kepada The Little President. Kami sangat gembira dapat melihat anak-anak belajar, mencuba dan membina keyakinan diri sepanjang program ini.