Untuk memastikan perjalanan program lebih lancar, mohon parents bantu sediakan beberapa perkara sebelum anak hadir ke program The Little Broadcaster @ Farm Fresh.
Pihak kami akan menyediakan pek sarapan untuk peserta pada hari program.
Walau bagaimanapun, parents digalakkan memastikan anak-anak datang dalam keadaan selesa dan tidak terlalu lapar, terutamanya jika anak biasa mengambil sarapan awal di rumah.
Ini bagi memastikan anak-anak lebih bertenaga, fokus dan bersedia untuk mengikuti aktiviti sepanjang program.
Mohon parents hadir bersama anak-anak sekurang-kurangnya 10–15 minit lebih awal untuk proses pendaftaran.
Kehadiran awal juga membantu anak-anak lebih tenang dan bersedia sebelum program bermula.
Pihak kami akan menyediakan workbook dan pensel untuk kegunaan peserta sepanjang program.
Parents tidak perlu menyediakan bahan pembelajaran tambahan, namun anak-anak boleh membawa alat tulis sendiri jika mereka mahu.
Workbook ini akan digunakan semasa aktiviti supaya anak-anak dapat mencatat, melengkapkan latihan dan mengikuti sesi dengan lebih tersusun.
Parents boleh bantu galakkan anak-anak sebelum datang dengan mesej yang positif.
Dalam program ini, anak-anak tidak perlu sempurna. Mereka hanya perlu hadir, cuba dan belajar dengan gembira.
Sekiranya anak kurang sihat pada hari program, mohon maklumkan kepada pihak kami lebih awal.
Keselesaan dan keselamatan anak-anak adalah keutamaan kami sepanjang program berlangsung.
Sepanjang program The Little Broadcaster @ Farm Fresh, anak-anak akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
Setiap kumpulan akan dibantu oleh seorang Buddy / Facilitator yang akan bersama anak-anak sepanjang aktiviti berlangsung.
Buddy / Facilitator akan membantu anak-anak dari segi:
Buddy akan membantu anak-anak memahami arahan aktiviti, menyertai tugasan kumpulan dan memberi dorongan supaya mereka berani mencuba.
Ada anak yang cepat mesra dan ada juga yang perlukan sedikit masa untuk selesa.
Buddy akan membantu anak-anak yang masih malu, takut bercakap atau kurang yakin supaya mereka rasa lebih tenang dan tidak tertinggal dalam aktiviti.
Buddy juga akan membantu memantau pergerakan anak-anak sepanjang program, terutamanya ketika aktiviti berkumpulan dan pertukaran sesi.
Sekiranya anak perlu ke tandas, Buddy / Facilitator akan membantu menguruskan pergerakan tersebut mengikut kesesuaian dan keadaan semasa program.
Jika anak-anak perlukan bantuan, kurang faham arahan atau rasa tidak selesa, mereka boleh merujuk kepada Buddy / Facilitator yang berada bersama kumpulan mereka.
Untuk memudahkan aktiviti sepanjang program, peserta digalakkan memakai pakaian yang selesa, kemas dan sesuai untuk bergerak.
Peserta digalakkan memakai baju berwarna kuning atau baju rasmi TLP bersempena dengan tema program The Little President.
Selain mengikut tema program, warna kuning juga membantu pihak kami dan team di lokasi mengenal pasti peserta dengan lebih mudah.
Untuk makluman parents, kawasan Farm Fresh UPM merupakan kawasan yang mempunyai kawalan keselamatan. Jadi, pemakaian baju mengikut tema program amat digalakkan bagi memudahkan urusan pengecaman peserta sepanjang program berlangsung.
Ini juga membantu memastikan pergerakan anak-anak lebih teratur dan mudah dipantau oleh team kami.
Peserta perlu memakai kasut yang selesa dan sesuai untuk berjalan serta mengikuti aktiviti.
Elakkan memakai selipar bagi memastikan anak-anak lebih selamat dan mudah bergerak sepanjang program.
Peserta digalakkan memakai seluar track, slack atau seluar yang selesa.
Pakaian yang selesa akan membantu anak-anak lebih bebas bergerak ketika aktiviti kumpulan dan sesi praktikal.
Sekiranya anak tiada baju kuning yang sesuai, parents tidak perlu risau. Kami juga menyediakan pilihan TLP Exclusive Breathable-Tee yang boleh dibeli pada hari program. Tertakluk kepada stok dan saiz yang tersedia. Picit butang dibawah untuk tempah baju sekarang!
Klik Untuk Buat Belian
Setiap peserta program The Little Broadcaster @ Farm Fresh akan menerima sijil fizikal sebagai tanda penyertaan dalam program ini. Bagi memastikan nama pada sijil dicetak dengan betul, parents dimohon untuk menyemak dan mengisi nama penuh anak melalui link yang disediakan.
27 Jun 2026 | 9.00 PM
Selepas tempoh tersebut, pihak kami akan menggunakan maklumat nama yang telah diisi untuk proses cetakan sijil. Terima kasih atas kerjasama parents dalam memastikan maklumat anak-anak adalah tepat.
Berikut merupakan tentatif program The Little Broadcaster @ Farm Fresh.
Tentatif ini disediakan bagi membantu parents mendapat gambaran awal tentang perjalanan aktiviti anak-anak sepanjang program berlangsung.
Tentatif program tertakluk kepada perubahan kecil mengikut kesesuaian keadaan semasa, flow aktiviti dan pergerakan peserta pada hari program.
Namun begitu, keseluruhan aktiviti akan dikendalikan oleh team The Little President bersama Buddy / Facilitator yang telah ditugaskan dalam kumpulan kecil anak-anak.
Program The Little Broadcaster @ Farm Fresh akan berlangsung di:
FARM FRESH @ UPM
Sepanjang program The Little Broadcaster @ Farm Fresh berlangsung, parents boleh menunggu di ruangan kafe atau kawasan yang disediakan di lokasi program. Namun begitu, parents tidak digalakkan untuk masuk ke dalam dewan / kawasan aktiviti utama semasa sesi sedang berlangsung.
Untuk makluman parents juga, kemasukan ke kawasan Farm Fresh adalah tertakluk kepada harga tiket entrance yang ditetapkan oleh pihak lokasi. Parents boleh rujuk gambar senarai harga tiket entrance di bawah untuk maklumat lanjut.
Harga tiket entrance adalah di bawah pengurusan pihak Farm Fresh dan mungkin tertakluk kepada perubahan semasa. Sekiranya parents hanya menghantar anak untuk program, mohon ikut arahan team kami di lokasi bagi melancarkan proses pendaftaran dan pergerakan peserta.
Selepas program selesai, pihak kami akan berkongsikan gambar dan video sepanjang program The Little Broadcaster @ Farm Fresh kepada parents. Gambar dan video ini akan dimuat naik ke dalam galeri khas supaya parents boleh melihat momen anak-anak sepanjang mengikuti aktiviti.
Parents boleh akses galeri gambar dan video melalui link di bawah:
Pihak kami akan cuba merakam sebanyak mungkin momen anak-anak sepanjang program berlangsung.
Namun begitu, memandangkan program melibatkan aktiviti berkumpulan, pergerakan peserta dan flow program yang aktif, terdapat kemungkinan tidak semua anak dapat dirakam secara jelas dalam gambar atau video.
Kami memohon maaf sekiranya terdapat anak-anak yang tidak banyak muncul dalam galeri program.
Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan parents kepada The Little President. Kami sangat gembira dapat melihat anak-anak belajar, mencuba dan membina keyakinan diri sepanjang program ini.